Wednesday, 20 February 2013

LAYAN JAP: Gerimis Mengundang -Slam




Hello Kitty! Hello Ben 10!

Ape korang buat awal-awal pagi macamni? Dah tido ker? Ker masih menghadap laptop? Ker tengah bergayut sakan? 

Minggu ni Jess sangat-sangat sibuk dengan kehidupan Jess sebagai seorang guru pelatih..Hmm..Susah jugak nak jadi cikgu ni..haduihh..Tu la..dulu masa masih pakai baju kurung putih biru tu, sukahati je Jess nak 'escape' kelas. 

Cikgu masuk pintu depan, Jess dengan kawan-kawan keluar pintu belakang..Ish ish ish...cerita masa Tingkatan 1..Tapi, baru sekarang Jess sedar, betapa jahatnya diri ini dahulu kala. Sekarang dah baik..hehe..


Kejap!

Jess sebenarnya nak kongsi perasaan Jess saat ni. Tengah sibuk-sibuk selesaikan tugasan berminggu-minggu ni (sapa suruh tangguh keje..huhu), Jess tiba-tiba terasa nak dengar lagu Melayu ala-ala 90-an. Terus Jess tekan huruf YOU..Automatik YOUTUBE terpampang kat kotak pencarian tu..(pelik ayat).  Hehe..

Jess memang suka tengok Youtube.com. Dengar lagu-lagu lama & baharu. (baharu untuk benda baharu,baru untuk masa). 

Jess terus taip 'Gerimis Mengundang' yang dinyanyikan oleh Slam. Layan habislah Jess tadi. Aduii..Segar mata tadi, sekarang dah layu..hehe.. Jom dengar dan sama-sama nyanyi kat bawah ni.


Selami kata, Hayati Nada.

video
 Gerimis Mengundang-Slam..Jom nyanyi sama-sama.^_^

'Ku sangkakan panas berpanjangan...Rupanya gerimis mengundang.', Ayat paling gramatis dalam lirik lagu ni..Sesuai untuk seseorang yang dikecewakan mahupun terkecewa. terkesima pun boleh..hehe..Tapi Jess saja-saja nak dengar, sebagai halwa telinga ni..



Okayh! Dah baca? Komen kat bawah k. Cik Ungu mengundur diri. ^_^

 


 


No comments: