Tuesday, 26 March 2013

Anak Potong Kemaluan Bapa!

Selamat petang, semua ^_^

Okay. Kejadian ni agak pelik dan agak memalukan ditambahkan lagi agak gila..Kenapa Jess cakap macamtu? Sebab sendiri nak sakitkan diri..Tambah lagi sakitkan orang lain iaitu bapa sendiri. Hmm…Macam2 dunia sekarang.. Jom baca ramai-ramai. Jess dah selidik betul-betul berita mengerikan ni berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai. 



SUSPEK: Sufian Ibrahim (40 tahun)
 
MANGSA: Ibrahim Othman (67 tahun)-Bapanya sendiri.


PUNCA: Kes jenayah ni berpunca daripada pemikiran seorang anak yang terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi internet.

AKIBAT: Sehingga menyebabkan si anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.

TEMPAT INSIDEN:Kejadian berlaku di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu.

TARIKH/MASA INSIDEN: 1.30 pagi Ahad. (24 Mac 2013)

EKSTRA INFO: 
  • Suspek mula terjebak dengan ajaran sesat sejak dua bulan lepas dan mengalami kemurungan sejak belakangan ini. 
  • Bekerja sebagai penyelia kilang di Kuala Lumpur.


PLOT INSIDEN:

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata, suspek yang menetap di Balakong, Selangor pada mulanya pulang untuk bercuti bersama keluarganya di kampung sejak minggu lepas.  

Namun selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut bagi menyampaikan 'amanat' yang mustahak.  

"Ketika sebahagian ahli keluarga berkumpul sejak petang semalam, suspek mula berkongsi dan berceramah mengenai ajaran sesat yang dipelajarinya dengan mengatakan dunia akan kiamat pada Jumaat. 

Bagaimanapun suspek tidak memberikan tarikh sebenar hari kiamat seperti yang didakwa berlaku.  

"Suspek kemudiannya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan merotan dan memukul bapanya bagi membuatkan warga emas itu menangis untuk 'mengeluarkan semangat Imam Nawawi' daripada badan bapanya, namun gagal," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini.  

Manoharan berkata setelah gagal membuatkan bapa menangis, suspek meminta sebilah pisau dari abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.

ISTERI SUSPEK (Suzi, 33 tahun)

“Suami telah balik ke kampung sejak lima hari lalu dan dia ada mengajak saya pulang namun saya kata tidak dapat pulang bersamanya kerana anak masih bersekolah. "Saya tiba di kampung suami kira-kira pukul 5 pagi tadi dan terkejut ketika sampai ahli keluarga menyuruh segera ke Hospital Dungun sebelum mendapati suami dan ayah mertua saya cedera.”

ISTERI MANGSA (Ibu kepada suspek)


~Menurut isteri mangsa, ibu kepada suspek, ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi bising. Dia melihat anaknya sedang membelasah suaminya, lalu dia bertindak menjerit sekuat hati untuk menghalang anak lelakinya itu daripada terus memukul bapanya. Keadaan suspek ketika itu seolah-olah dirasuk.

~Wanita berkenaan memberitahu, walaupun cuba menghalang, namun anaknya itu tetap memukul bapanya dan sekali lagi dia terkejut apabila suspek yang bersenjatakan pisau yang diambil dari dapur, bertindak menyerang bapanya sebelum memotong kemaluan mangsa.

~“Dia macam tidak sedarkan diri, selepas potong kemaluan bapanya, dia potong kemaluan sendiri pula. "Saya macam tidak percaya dia sanggup bertindak begitu kerana sebelum ini dia tidak pernah menderhaka pada kami,” kata ibu malang itu.
TINDAKAN:

~Suspek dan bapanya yang mengalami pendarahan serius dikejarkan ke Hospital Besar Dungun sebelum dibawa ke Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

~Suspek dan mangsa dilaporkan akan menjalani pembedahan dalam proses untuk menyambung semula kemaluan yang terputus.

SIASATAN KES:

~Kes disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah. 

Sumber info:


BERNAMA


2 comments:

Yuni Aisyah said...

sadisnyer...kesian..:(

Jess Rose said...

Yuni,sgt2 sadis..Huhuu..