VALENTINE DAY:Wanita DITIKAM MATI oleh kekasih.


Salam isu semasa, semua ! ^_^ 

 

Pagi yang terlalu awal ni, Jess nak kongsi satu kejadian ngeri yang berlaku pada 14.02.2013 yang lalu. Tentang sepasang kekasih juga. Ingatkan isu kekasih yang bunuh diri kat Times Square saja yang merebak secara meluas kat internet. Rupa-rupanya ada lagi kejadian macam ni kat tempat lain tapi pada hari yang sama. 

" 24 year old clerk stabbed three times by boyfriend "

Terkejut baca pasal kejadian ni. Jess dah dapatkan info dan rumuskan kejadian ni berpandukan sumber info yang boleh dipercayai. Jom ikuti rentetan kejadian ni.

The victim / Mangsa - Tan Ching Chin 



Suspect - Cheong Teik Keon

 

Kejadian wanita ditikam TIGA KALI sampai mati oleh kekasih sendiri berlaku pada tarikh istimewa-14.02.2013
  

MANGSA -  Tan Ching Chin atau dikenali sebagai Amanda (24 tahun) seorang kerani syarikat pembinaan abangnya.

SUSPEK - Cheong Teik Keon (31 tahun) yang bekerja sebagai seorang jurutera di Kuala Lumpur; berasal dari Sungai Siput, Perak. 

TEMPAT KEJADIAN - Kejadian berlaku di rumah keluarga wanita itu di Taman Hwa Seng, Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.  

PUNCA KEJADIAN -

1. Berlaku setelah Tan (mangsa) baru selesai mandi sejurus menerima panggilan daripada seorang lelaki lain yang tidak dikenali pada pukul 8.45 pagi. 

2. Kemudian, tercetuslah pergaduhan antara mangsa dan kekasihnya.

3. Kekasihnya terus menikam mangsa sebanyak tiga kali sehingga mangsa mati serta-merta di tempat kejadian. 

4.Selepas menikam Tan Ching Chin sehingga mati, lelaki tersebut cuba membunuh diri dengan menikam dirinya sendiri sebanyak 4 kali.

5.Ibu kepada wanita itu dan orang gaji mereka juga berada di rumah sepanjang kejadian itu berlaku.  

6.Orang gaji mereka yang berasal dari Indonesia, merupakan saksi pertama kejadian ini selepas terdengar pasangan ini bergaduh sesama sendiri. Sejurus itu, orang gaji ni cuba melihat apa yang sedang berlaku setelah mendengar jeritan Tan. 

7.Namun, ketika orang gaji mereka sampai ke lokasi kejadian, dia mendapati mangsa terkujur tidak bermaya dan dalam keadaan telanjang di dalam bilik mangsa. 

8.Manakala, kekasihnya pula sedang mengerang kesakitan akibat mencederakan diri sendiri. Dia menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Bukit Mertajam. 

9.Orang gaji itu kemudiannya memaklumkan kepada ibu mangsa yang sedang tidur pada masa itu.

GAMBAR

Rumah keluarga mangsa  - tempat kejadian
Ibu dan keluarga mangsa

 
Ibu mangsa, Siew Yeow Kim, 50, ketika berada di Hospital Seberang Jaya.

Condolence to her family. Feels deeply saddened by the death of this woman.  May she rest in peace.



Look at his finger! I don't know whether to pity him or else.
Says.com - one of the source

 

 EKSTRA INFO -

1. Mangsa dan kekasihnya baru sahaja bersama selama 6 bulan.

2. Lelaki tersebut telah datang ke rumah mangsa untuk meraikan Perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama.



3. Menurut keluarga mangsa, Tan dan kekasihnya itu telah menghadapi masalah baru-baru ini dan percaya bahawa lelaki itu menjadi tidak puas hati selepas Tan menyatakan dia ingin menamatkan hubungan mereka.



4. Keluarga Tan menuntut mayat mangsa selepas bedah siasat di Hospital Seberang Jaya kecuali mata mangsa.



5. Tulang mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan korneanya dihantar ke unit mata Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah.



6. Mangsa berhasrat untuk menderma organnya apabila sudah mati kerana ingin memenuhi permintaan ayahnya yang pernah berhasrat untuk mendermakan organ sebelum ayahnya meninggal dunia di Medan, Indonesia pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, disebabkan kurangnya kemudahan di sana, maka, prosedur pembedahan organ tidak dapat dijalankan.



7. Amanda juga telah terlibat secara aktif dalam beberapa pertubuhan kebajikan dan acara-acara amal seperti program derma darah. Mangsa bekerja di syarikat pembinaan abangnya sendiri manakala kekasihnya bekerja di Kuala Lumpur sebagai seorang jurutera.



SIASATAN -

Hasil siasatan polis, mangsa mati kerana ditikam di dada dan abdomennya. Pisau- alat untuk menikam mangsa turut dijumpai di tempat kejadian. Penang CID chief Senior Asst Comm Mazlan Kesah mengesahkan kes kejadian.

MAKLUMAT TERBAHARU -

1. Suspek didakwa di bawah  Sekyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

2. Suspek kelihatan tenang apabila hukuman dijatuhkan kepadanya oleh majistret Ariff Mohamad Shariff. Sebutan kes ditetapkan pada 8 April 2013.


3. Ramkarpal Singh, mewakili suspek, menyeru agar kliennya diberi rawatan yang teratur oleh doktor (sebelum ini dirawat oleh jururawat) kerana mengalami kecederaan pada abdomen dan jari di tangan kirinya.


4. Timbalan Pendakwa Raya – Siti Nur Sakinah Ibrahim.


SUMBER INFO : 












SEMOGA MENJADI IKTIBAR DALAM HIDUP KITA. JANGAN TERLALU CEMBURU DENGAN KEKASIH ANDA. SIASAT DAHULU, BERBINCANG DENGAN BAIK, DAN SELESAIKAN MASALAH SECEPAT MUNGKIN KERNA PERGADUHAN TIDAK AKAN MEMBANTU ANDA TETAPI AKAN BERAKHIR DENGAN KEBURUKAN.

SEKIAN. TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA.

Comments

Popular posts from this blog

Segmen : Mari Tambah Kenalan Dari Blog

Segmen Blogwalking & Topup RM5

Segmen: Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K