Mantooppss! Anak Kampung Jimmy Palikat versi K.A.M.I




    Annyeong Haseyo ..! Gwiyomi ~

 

Korang ape kabar? dah tengok citer Heartstring tak? Awal bulan April ada la jugak Jess layan korean drama ni..Best sangat2! Siap menangis lagi..sobsobsob T_T

 Okay! Sebenarnya Jess nak update pasal kelas Jess yang bertungkus lumus siapkan satu projek sampingan a.k.a tugasan untuk mata pelajaran Pengajaran Berbantukan Komputer (PBK) dibimbing oleh pensyarah yang agak mantap ilmunya dalam bidang multimedia iaitu Encik IT. 

 Jadi, ada dua kelas yang kena wat klip video lagu yang memuatkan elemen-elemen multimedia yang menarik dan catchy gitu la..eheh ^_^ Jess tak tahu langsung pasal ni. Jadi Jess sebagai penolong pengarah projek je..Tolong bagi idea ckit dah tu tolong ingatkan skrip pelakon-pelakon klip video..Watcha! Jom tengok bawah ni~

Poster Anak Kampung Versi Kami

Hasil sebulat suara kelas kami iaitu PISMP 3C, kami memilih tok berlakon, berdendang (bukan berdingdong..), ber'miming' dan merasai kerancakan lagu Anak Kampung yang dipopularkan oleh Jimmy Palikat dan One Nation Emcees. Fuhh! Memang lagu ni dari dulu lagi dah sebati dan subur dalam diri Jess. Tambah lagi, rakan sekelas Jess majoritinya anak jati Sabah iaitu seramai 12 orang per 20 orang. Lagipun lagu ni catchy dan sangat2 menariklah! Heheh.. Sebenarnya ada juga pemilihan lagu lain contohnya macam Sahabat-Najwa Latif. Memandangkan pengarah projek merasakan ada keistimewaan dan kelainan yang ingin ditonjolkan, maka lagu anak jati Sabah ini juga yang kami ingin persembahkan kepada rakyat jelata. Chewah~

Mula-mula, kami berhempas pulas kepala masing-masing untuk mencipta jalan cerita yang senang difahami dan jelas supaya klip video ni tampak ringkas, menarik dan dapat diselami oleh para penonton..(skema ayat..hihi).. Kemudian, terhasillah jalan cerita yang mantap dan sangat WOW! gitu..


WATAK UTAMA

Charlie - Jejaka Kampung

Stephy - Gadis Bandar

Nancy - Gadis Kampung

 

PLOT CERITA

Charlie - Jejaka Kampung
Nancy - Gadis Kampung
Stephy - Gadis Bandar

1.  Charlie dan Nancy kawan karib sejak kecil lagi dan sering luangkan masa bermain basikal bersama-sama. Sehinggakan Nancy jatuh cinta terhadap Charlie. Namun, dipendamkan saja perasaan itu.

2. Charlie terjatuh hati kepada seorang gadis bandar, Stephy yang kebetulan berada di tempat Charlie dan Nancy bermain basikal.

3. Bermulalah detik perkenalan Charlie dan gadis bandar tersebut. 

4. Nancy, gadis kampung terus diabaikan kerna Charlie terlalu meluangkan masa bersama gadis yang dicintainya. Setiap kali Charlie bersama dengan Stephy, pasti Nancy akan mengekori mereka berdua sehinggakan menyorok-nyorok di tepi pokok.

 5. Ketika Stephy membawa Charlie ke restoran mewah, di situ Charlie tersedar bahawa darjatnya antara dia dan gadis bandar itu sungguh berbeza apabila dirinya merasakan tidak dapat membelikan barang kemas untuk melamar Stephy seperti pasangan kekasih yang lain.

 6. Saat yang dinanti-nantikan, Charlie bersedia untuk melamar Stephy walaupun dengan sekuntum bunga dan bukannya emas permata. Namun, apabila hampir mendekati Stephy, Charlie berfikir mengenai perbezaan darjat dan keadaannya yang hidup tidak seberada keluarga Stephy. Akhirnya, setelah menunggu lama, Stephy merajuk dan terus berlalu. Charlie mematikan langkahnya dan terus membiarkan bunga di tangannya jatuh ke bumi.

7. Cinta tak semestinya memiliki. Namun, cinta pasti hadir untuk insan yang berhak memilikinya. Lantas, satu tangan mengambil kembali bunga yang telah jatuh itu dan menerpa ke arah Charlie..

8. Siapakah gadis misteri tersebut? 


Jom layan klip video Anak Kampung...  ^_^

 




Tu la dia jalan ceritanya dalam klip video tersebut..hehehe ^_^ Jess ada la jugak sumbangkan sikit idea..dan yang lain juga turut menambahkan idea yang lagi mantap.Tabik spring buat pengarah projek ngan penulis2 skrip yang bersusah payah di sebalik tabir..Tabik lagi spring buat editor-editor klip video kami yang sangat2 berkaliber dan kreatif dalam menghasilkan kerja yang bermutu ini. 

 

WATAK-WATAK SAMPINGAN (miming mulut..hehe)

 
Charlie

Wan
Ehem2..siapa lagi kalo bukan...

Mia

Biela, Mad , Aida
Hary & Miseyz

Ekin & Alif

Princess & Wan
Mari menari dengan kami..hehehe
Rudy Yo!


Hans Hezekiel Yo!

The Three Rappers - Lan, Yasser , Hary

Sweet Cma & Lan

Okayh. Best tak?? Jess berkali-kali tau tengok video ni. Tak pernah jemu langsung. Ye la kan..video geng kita dan kita sendiri yang buat, mestilah rasa kagum dengan kerjasama semua & akhirnya berjaya jugak disiapkan.

Antara komen yang K.A.M.I. PRODUCTION terima ^_^ Thanks uoollss~


# Psst! Komenlah apa yang baik dan apa yang kurang dalam klip video kami. First trial biasalah..eheh ^_^ Thanks for watching btw.

 

 

 

 

 



 

 

Comments

Popular posts from this blog

Segmen : Mari Tambah Kenalan Dari Blog

Segmen Blogwalking & Topup RM5

Segmen: Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K