Rihanna pukul peminat guna mikrofon!





 

ALOHA EVERYONE! PHEWITT! I'M BACK TO WRITE!


             Oh Mak Kau! Terkejut bebeno daku bila terbaca + terdengar fasal Rihanna pukul peminat ni..Pasai pa? Korang nak tahu ? Meh baca...Ni berdasarkan pemahaman daku la lepas dah baca2 sikit dari sumber internet.

             Kejadian ni berlaku kat Konsert Jelajah Rihanna di Birmingham, UK malam Isnin lepas (17 Jun 2013) di mana penyanyi yang popular dengan lagu “Diamonds” ni memukul muka seorang peminatnya menggunakan mikrofon ketika beliau ni sedang berjalan ke arah sekumpulan peminat.


            Secara tiba-tiba, seorang peminat perempuan yang berada di barisan hadapan LG Arena Birmigham menarik lengan artis tersebut. Dan..Mungkin sebab tindakan peminatnya itu yang agak kasar, menyebabkan Rihanna memukulnya sekelip mata..Adui! Rihanna ni pon kasar gak. Ada “bodyguard” tapi dia plak yang sesibuk pukul peminat.(Tengok video Rihanna pukul peminat kat SINI )



Taraa! Hambik kau!


             Lepas kejadian tu, terus Rihanna sambung balik menyanyi..Daku pon tak tahu la lagu apa yang dia nyanyi, yang penting sikap beliau ni macam terlebih sudah. Orang penat-penat beli tiket nak gi tengok dia menyanyi, alih-alih kena tibai plak. Ish..ish..ish..



Dah pukul orang, nyanyi balik..lalala


Respons Rihanna pasal kejadian tu plak,..




Respon Rihanna dalam Twitter

             Tambah lagi kejadahnya, artis yang dah meletops bangett ni juga dikatakan lewat 2 jam setengah untuk persembahan pentasnya. Disebabkan  berparti dengan model BFF nya, Cara Delevingne sampai kol 3 pagi.. Chewah! Dah tau ada keje esoknya, berparti sakan plak. Dah tu lewat..


Album terbaharu beliau "UNAPOLOGETIC". (cam tak cukup kain..lol)


            Apa-apa pun tu hal beliau lah.. Yang rugi beliau, yang untung pon beliau gak.. Lagu Rihanna memang banyak yang best2 tahap gaban!


p/s: Belajar pukul dari Chris Brown kot beliau ni....eheh..

 

 Credit to:

Yahoo.com

Youtube.com


Comments

azman said…
peminat dia ramai.. takpelah.. satu tak suka, ada 1000 lagi yang suka

Popular posts from this blog

Segmen : Mari Tambah Kenalan Dari Blog

Segmen Blogwalking & Topup RM5

Segmen: Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K