Happy 495th Birthday Li Shizhen!




            Aloha uolls!



              Tonight, Jess nak kongsi sikit pasal seseorang ni yang namanya cukup popular dalam bidang perubatan. Jess sendiri pon tak kenal sebenarnya..eheh..Pi hari ni masa buka pak cik Google..pak cik Google punya background menarik perhatian Jess. Cam pelik je background dya ni."Li Shizhen's 495th Birthday" ditulis kat ilustrasi pak cik Google. 



Background Google hari ni 03.07.2013

Rasa ingin tahu Jess pasal Li Shizhen ni makin membuak-buak sebab angka 495 tahun tu..Ingatkan beliau ni masih hidup sampai beratus-ratus tahun..Bila dah selidik betul-betul, rupa-rupanya beliau ni orang penting rupanya..(banyaknya rupa..hehe).. 

Ayuk! Ibu ibu bapa bapa! Jom kita terjah latar belakang Li Shizhen ni..


 

 SIAPA LI SHIZHEN?

Nama Gelaran (diberi oleh dirinya sendiri) : 

“Recluse Near  a Lake”

Tempat Lahir: 

Waxiaopa, Utara Qizhou (dahulu disebut sebagai Qichun County, Hubei.)

Kejadian Ketika Kelahiran Li: 

Seekor rusa putih masuk ke bilik.

Tarikh Lahir: 

3 Julai 1518

Tahun Meninggal Dunia: 

1593  (75 tahun)

Kubur Li terletak di :

Kampung  Zhulinghu, Bandar Qizhou , Qichun County 435315, China.

Profesion: 

Doktor, Saintis, Pakar Herba, Pakar Akupuntur, Pengamal Ilmu Ghaib 

(beliau bermeditasi setiap malam)

 

DI SEBALIK TABIR LI SHIZHEN

    ~ Hidup pada zaman Dinasti Ming. Pemikirannya dipengaruhi oleh kepercayaan Neo-Confucian.

          ~ Bapanya seorang ahli fizik tradisional dan pernah menulis beberapa buah buku.

          ~ Li pernah menduduki peperiksaan awam sebanyak 3 kali tetapi selepas gagal 

               salah satu daripadanya, dia bertukar bidang ke bidang perubata                              

                        ~ Pernah mengubati putera kepada Zhu Xian, Putera Negeri Chu pada usianya 27 tahun ketika menjadi perantis kepada bapanya.

                 ~ Sebagai penghargaan terhadap Li, Li dijemput untuk mengetuai hal-hal berkaitan

                      dengan kepercayaan dan perubatan di Chu Royal Court.

                  ~ Mendapat jawatan Naib Presiden di Institut Perubatan Imperial di Beijing.

                  ~ Setahun kemudian, bertukar bidang menjadi seorang doktor.

                  ~ Li suka membaca pelbagai jenis buku dan beliau seorang yang sangat berilmu.

                  ~ Li juga tertarik kepada buku-buku berkaitan dengan dunia perubatan.

 

 

Buku Li yang paling berpengaruh: 

Compendium of Materia Medica 

(Pen-tsao Kang-mu or Bencao Gangmu)         

(mengambil masa selama 27 tahun menyiapkan buku ini – beliau meninggal sebelum buku ini berjaya diterbitkan.)


Fakta menarik tentang buku ini:  
  •   Berkaitan dengan perubatan yang merangkumi 1892 entri di mana setiap entri mempunyai nama tersendiri yang disebut sebagai “gang”.

  • Mengandungi info tentang lebih 1 800 jenis dadah (ubat-ubatan cina) termasuk 1 100 ilustrasi dan 11 000 preskripsi.

  • Juga menjelaskan mengenai jenis, bentuk, rasa, semula jadi dan aplikasi 1 094 jenis herba dalam pelbagai rawatan penyakit.

  •   Buku ini juga telah diterjemahkan kepada pelbagai bahasa dan menjadi bahan rujukan dalam perubatan herba.

  •   Merangkumi pelbagai bidang termasuklah botani, zoologi, mineralogi dan metallurgi.


Buku-buku lain: 

1.      Binhu Maixue (A Study of the Pulse)

2.      Qijing Bamai Kao ( An Examination of the Eight Extra Meridians )

3.      “Poems of Suo Guan”

4.      “Medical Cases”

5.      “Key to Internal Energy Passages”

6.      “Discussion of Five Organs”

7.      “Difficulty of Sanjiaoke”

8.      “Research of Mingmen”

9.      “Discussion of Poems”

10.  “Study of Eight Internal Passages”




 GALERI LI SHIZHEN




Li prepares to dissect a pangolin, from a popular pamphlet, Li Shizhen: Great Scholar of Medical Drugs (1955).

Li Shizhen pointing to a passage in his work Bencao Gangmu describing a Chinese medicine product (Ejiao; gelatin from donkey skin, processed with several herbs) in this flier that accompanies the product, ca. 1985 (from actual package insert).


Illustrations of birds, four legged animals, and plants from the 1603 edition of Bencao Gangmu with the original illustrations


Beliau


Patung Li

Makam Li Shizhen



Maklumat lanjut / credit to:

  1. harvardmagazine.com
  2. www.itmonline.org
  3. www.theepochtimes.com
  4. en.wikipedia.org
  5. www.tripadvisor.com




Comments

alhamdulillah post awak nie sangat membantu say adan kawan saya,,terima kasih banyak2..

Popular posts from this blog

Segmen : Mari Tambah Kenalan Dari Blog

Segmen Blogwalking & Topup RM5

Segmen: Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K