Friday, 23 January 2015

Zamani.Igauan Gerimis Mengundang.


Zamani



            Penyanyi yang cukup syahdu suaranya. Mampu memukau hati ramai manusia. Satu nusantara terpukau dengan lagu-lagunya. Tak kira dari Malaysia mahupun Indonesia.

            Namun, kerna menjadi hamba dadah.. Penyanyi ini dikecam semua. Bagiku, itu pilihan dia. Kita tahu pilihannya agak silap. Namun, sebagai ahli masyarakat, sama2 kita mendoakan yang terbaik buatnya. Kita tak perlu menghakimi orang lain atas kesalahannya.. Mana tahu suatu hari nanti, kita yang berada dalam situasi sebegitu. Bagi peluang untuk dia dan insan2 sedemikian untuk berubah. Semoga dia berubah ke arah yang lebih positif..

           Sebenarnya, bukan artis saja yang terlibat dalam kes begini..Boleh jadi jiran kita sendiri pun mungkin pernah terjatuh dalam kancah dadah. Memang viral terus video penyanyi ini dicekup. Menonton video tu, cukup menyakitkan hati. Biarlah pihak berkenaan selesaikan isu tu. Kita yang pencari jawapan bagi persoalan tu, hanya tunggu dan berharap yang terbaik untuk Zamani.

Sedih tengok..huhu


Aku suka bahagian korus lagu Gerimis Mengundang.. Takat ni je kuhafal..

"Bukan sekejap denganmu,
Bukan mainan hasratku,
Engkau pun tahu niatku,
Tulus dan suci...

Senang benar kauucapkan,
Kauanggap itu suratan,
Sikit pun riak wajahmu tiada terkilan..

Hanya aku separuh nyawa,
Menahan sebak di dada,
Sedangkan kau bersahaja,
Berlalu tanpa kata..

Terasa diri amat terhina kaulakukan...

p/s : Klik sini untuk TIPS PENJAGAAN WAJAH 

No comments: