Kali Pertama Diriku Mengacara....26.07.2011..
Semalam, aku menimba pengalaman baru. Walaupun diri ini langsung tidak mengenal erti pengacaraan, tetapi semangatku untuk belajar perkara baru menjadikanku seorang yang berani mencuba. Aku mendapat bimbingan dari pensyarahku, Puan Sarimah yang sememangnya sudah pakar dalam bidang ini. Sungguh aku bersyukur kerna diberi peluang mendapatkan sedikit banyak bimbingan dan pengetahuan dalam mengacara majlis. Aku dan rakanku mengacara untuk Malam Teater Patung-patung sempena Festival KL. Debaran memang terasa tetapi aku dapat mengawalnya kerana aku nekad tidak berasa gementar seperti Pertandingan Pidato minggu lepas ketika di atas pentas. Aku sebenarnya menanam niat di hati untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sebelum aku bersedia menjadi seorang pendidik yang holistik. Aku tidak mahu terkial-kial bagai rusa masuk kampung, aku mahu menjadi seorang guru yang kreatif, aku mahu membentuk insan-insan cilik dari buta huruf kepada celik ilmu. Walaupun sebenarnya cita-citaku dahulu ialah doktor tente...