10 GAJAH MATI DIRACUN MANUSIA!
Salam rindu semanis kalbu buat korang!
Dah sedia nak baca 'entry' Jess kali ni? Okey. ^_^
Ada tak korang baca tentang suatu kejadian tragis menyayat hati tentang gajah-gajah spesis pigmi Borneo yang dijumpai mati 'beramai-ramai' ?? Berita ni sangat-sangat mendukacitakan, memilukan hati setiap insan seluruh Malaysia, yang dalam dirinya ada nilai kasih sayang dan tanggungjawab terhadap haiwan. Tapi, kenapa perkara macam ni boleh berlaku?? Jess tak nak panjang lebar. Kat bawah ni ada beberapa poin penting yang Jess ringkaskan daripada sumber-sumber berita yang Jess dah baca.
:: Gambar dari sumber www.kosmo.com.my :: |
~> Gajah-gajah itu dalam lingkungan usia antara empat hingga 20 tahun. Dipercayai daripada kumpulan keluarga yang sama.
~>Ditemui mati antara 29 Disember 2012 dan 24 Januari yang lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau.
:: Gajah-gajah yang mati diracun. :: |
~>Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar
Sabah, Dr Sen Nathan- “Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk
menggambarkan perasaan saya."
Seekor anak gajah pigmi Borneo
berusia tiga tahun cuba menggerakkan
bangkai ibunya di Hutan Simpan Gunung Rara
di Sabah.
:: Gambar dari Sabah Wildlife Department :: |
~>Laporan pertama diterima pada hari Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia(WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari Syarikat Empayar Kejora Sdn. Bhd.
~> Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu, punca utama kematian gajah-gajah berkenaan ialah keracunan. Gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan
berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora.
~>" Post mortem yang
dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian
organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut
dan anus mereka turut didapati berdarah. Kami mengesyaki terdapat unsur
keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau
racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia."-Ambu.
~>Menurut Menteri Persekitaran Sabah, Masidi Manjun, keracunan merupakan punca yang dapat dilihat mengenai kes ini. Beliau juga menegaskan bahawa pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah meracun gajah-gajah berkenaan akan dikenakan tindakan dan perlu bertanggungjawab atas jenayah yang mereka lakukan.
Info Ekstra:-
~ 'WWF wildlife group' menganggarkan kurang daripada 1,500 gajah spesies pigmi Borneo yang masih wujud. Haiwan ini kebanyakannya dapat ditemui di Sabah. Gajah-gajah ini dapat membesar sehingga 8 kaki (245 cm) tinggi.
# Amacam? Tragis sangat kejadian ni. Harap-harap pihak yang tidak bertanggungjawab patut diberi tindakan.
Comments