Anak Potong Kemaluan Bapa!
Selamat petang, semua ^_^
Okay.
Kejadian ni agak pelik dan agak memalukan ditambahkan lagi agak
gila..Kenapa Jess cakap macamtu? Sebab sendiri nak sakitkan diri..Tambah
lagi sakitkan orang lain iaitu bapa sendiri. Hmm…Macam2 dunia
sekarang.. Jom baca ramai-ramai. Jess dah selidik betul-betul berita
mengerikan ni berdasarkan beberapa sumber yang boleh dipercayai.
SUSPEK: Sufian Ibrahim (40 tahun)
MANGSA: Ibrahim Othman (67 tahun)-Bapanya sendiri.
PUNCA:
Kes jenayah ni berpunca daripada pemikiran seorang anak yang
terpengaruh dengan ajaran sesat yang dipelajarinya menerusi internet.
AKIBAT: Sehingga menyebabkan si anak sanggup memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri.
TEMPAT INSIDEN:Kejadian berlaku di Felda Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu.
TARIKH/MASA INSIDEN: 1.30 pagi Ahad. (24 Mac 2013)
EKSTRA INFO:
- Suspek mula terjebak dengan ajaran sesat sejak dua bulan lepas dan mengalami kemurungan sejak belakangan ini.
- Bekerja sebagai penyelia kilang di Kuala Lumpur.
PLOT INSIDEN:
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah negeri ACP K. Manoharan berkata, suspek yang
menetap di Balakong, Selangor pada mulanya pulang untuk bercuti bersama
keluarganya di kampung sejak minggu lepas.
Namun
selepas lima hari bercuti di kampung, suspek mengambil keputusan
menghubungi ahli keluarganya yang lain untuk berkumpul di rumah tersebut
bagi menyampaikan 'amanat' yang mustahak.
"Ketika
sebahagian ahli keluarga berkumpul sejak petang semalam, suspek mula
berkongsi dan berceramah mengenai ajaran sesat yang dipelajarinya dengan
mengatakan dunia akan kiamat pada Jumaat.
Bagaimanapun suspek tidak memberikan tarikh sebenar hari kiamat seperti yang didakwa berlaku.
"Suspek
kemudiannya secara tiba-tiba bertindak agresif dengan merotan dan
memukul bapanya bagi membuatkan warga emas itu menangis untuk
'mengeluarkan semangat Imam Nawawi' daripada badan bapanya, namun
gagal," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini.
Manoharan
berkata setelah gagal membuatkan bapa menangis, suspek meminta sebilah
pisau dari abang iparnya sebelum meluru masuk ke bilik tidur bapanya dan
bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya
sendiri.
ISTERI SUSPEK (Suzi, 33 tahun)
“Suami
telah balik ke kampung sejak lima hari lalu dan dia ada mengajak saya
pulang namun saya kata tidak dapat pulang bersamanya kerana anak masih
bersekolah. "Saya tiba di kampung suami kira-kira pukul 5 pagi tadi dan
terkejut ketika sampai ahli keluarga menyuruh segera ke Hospital Dungun
sebelum mendapati suami dan ayah mertua saya cedera.”
ISTERI MANGSA (Ibu kepada suspek)
~Menurut
isteri mangsa, ibu kepada suspek, ketika kejadian dia sedang tidur
sebelum dikejutkan dengan bunyi bising. Dia melihat anaknya sedang
membelasah suaminya, lalu dia bertindak menjerit sekuat hati untuk
menghalang anak lelakinya itu daripada terus memukul bapanya. Keadaan
suspek ketika itu seolah-olah dirasuk.
~Wanita
berkenaan memberitahu, walaupun cuba menghalang, namun anaknya itu
tetap memukul bapanya dan sekali lagi dia terkejut apabila suspek yang
bersenjatakan pisau yang diambil dari dapur, bertindak menyerang bapanya
sebelum memotong kemaluan mangsa.
~“Dia
macam tidak sedarkan diri, selepas potong kemaluan bapanya, dia potong
kemaluan sendiri pula. "Saya macam tidak percaya dia sanggup bertindak
begitu kerana sebelum ini dia tidak pernah menderhaka pada kami,” kata
ibu malang itu.
TINDAKAN:
~Suspek
dan bapanya yang mengalami pendarahan serius dikejarkan ke Hospital
Besar Dungun sebelum dibawa ke Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah,
Kuala Terengganu.
~Suspek dan mangsa dilaporkan akan menjalani pembedahan dalam proses untuk menyambung semula kemaluan yang terputus.
SIASATAN KES:
~Kes disiasat di bawah seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Sumber info:
BERNAMA
Comments