:: Tips DIET dari si gendut ::



:: Tips DIET dari si gendut  ::

 


~Holla! Mesti korang heran, napa la tips nie dari seorang yang gendut? haha..ala..yang tu hanya hiperbola semata-mata..Untuk entry kali ni, Jess nak kongsi sedikit banyak tips diet yang berkesan dan seimbang khas untuk sesiapa yang terlintas untuk berdiet, kekalkan berat badan atau kurangkan berat badan..
Jom! Baca dan cuba tips kat bawah ni.~ Good luck korang!

:: I'm on diet, okay? ::




TIPS 1 :

Sibukkan diri korang dengan hobi korang yang menarik dan tip top !  
 

~Nah..tips ni sangat-sangat best, sebab dengan hanya melakukan perkara yang korang suka, korang dah dikirakan sedang berdiet..Betul ke? Betullah..Contoh hobi yang perlukan badan korang bergerak ke sana, ke sini, termasuklah jogging keliling tasik, main hoki, main bola tampar, main futsal, berZumba (aktiviti meletops macam kat kampus kiteorang sekarang), menari poco-poco dan lain-lain. Korang mesti tak perasan peluh-peluh yang jatuh ke bumi dari badan korang tu ada sedikit sebanyak glukosa dan apa-apa excess salt yang perlu disingkirkan..syuh!syuh!..Jangan dok menghadap FaceBook je 24 jam..sekali sekala turun padang, kan syiookk~ Ok deh..






:: Jogging sebagai aktiviti setiap petang. ::



:: Main futsal pun leh keluarkan peluh ::



:: Ayuk! Bersenam Poco-poco. ::



TIPS 2 :
Wajib sarapan pagi.
~Haa…yang ni yang selalu korang tangguhkan atau buat sambalewa je..Huhu..Jesse sendiri pun selalu tak sempat nak sarapan pagi. Kenapa sarapan pagi penting? 
~Menurut satu kajian, sesiapa yang tak makan sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang makan sarapan pagi. Macamana tu? Sebab sarapan ni dapat menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah.

:: Gula ::

~Tambah lagi, menurut seorang pakar Nutrisi yang juga penulis buku, The F-Factor Diet Tanya Zuckkerbrot R.D., beliau kata sarapan pagi setelah perut kosong semalaman, boleh meningkatkan metabolisme dalam badan. Maksud? Maksudnya pembakaran kalori sepanjang hari menjadi lebih efisien kalau korang makan sarapan pagi. Jadi, lebih baik korang ambik makanan berkarbohidrat macam oat, roti gandum yang mengelakkan diri korang lapar cepat...


:: Makanlah oat tiap pagi.. ^_^ ::


:: Tengok..Cepat lapar sebab tak makan sarapan. ::
 
TIPS 3  :
Elakkan minum kopi atau minuman yang berkafein selepas jam 2.00 petang.
:: Kopi - minuman berkafein. ::



 ~Alaa..tak best la kalo cenggini..huhu.. Sebabnya kafein ni boleh wat korang ketagih. Kafein sebenarnya dadah yang terhasil secara semula jadi dalam daun tumbuhan. Bahan kimia ni kalau terjumpa kat dalam biji koko, nama saintifiknya ialah teobromin. Bukan ape tak boleh minum benda berkafein ni, sebab ia cenderung untuk merangsang otak dan meningkatkan pengeluaran air terlalu banyak daripada badan dan kemudian boleh buat badan korang kehilangan air. Sebab, kafein bertindak mempercepatkan penghadaman dan merangsang pengeluaran air kencing yang banyak..(Patutlah...)

TIPS 4 :
Jangan makan keropok lagi !

:: Nyam2..bubye kopok! ::

~Bukan keropok je, tapi semua makanan ringan atau makanan segera korang kena tinggalkan. Nie penting untuk kesihatan korang jugak sebab lepas korang makan kopok la, coklat la, maggi ape semua tu..lemak akan berkumpul di bahagian perut kalau benda ni semua diambil dengan berlebihan. Jangan hairan napa perut korang berlipat tiga! 
:: Taraa! Kan dah berlipat dah perut tu.. ::

Sendiri ingat la kan, tiap-tiap hari makan keropok..Huhu..Terpaksalah lepas ni ‘say goodbye’ kat keropok bika, keropok lekor, keropok mamee, coklat Cadbury…alamak~ (demi badan slim..huhu).. Selain tu, elakkan daripada ambil makanan bergula, makanan bergoreng (fried food), fast food dan apa jua makanan yang berlemak..Boleh sahut cabaran tak, korang? Jiayou!
TIPS 5 :

Stop! Jangan makan lewat malam.



:: Nak mam lewat malam lagi ke? Kang makin gendut.. ::

~Malam-malam kan korang terus nak tidur..Bukan ada kerja pun lepas malam. Tak elok tau..Sebabnya, lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak sebab badan tak boleh bakar lemak masa kita tidur. Sebab badan kita pun sama-sama tidur, macam orang empunya badan gak la..ehe..

TIPS 6 : 
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.

:: Minum secukupnya air kosong setiap hari. ::

 ~Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti korang tak akan makan banyak. Air sebenarnya dapat kurangkan selera makan dan membantu badan stabilkan simpanan lemak dalam tubuh. Kalau minum air yang bergas pula, tak boleh la..sebab ada banyak gula dalam air bergas.Memang tak baik untuk kesihatan badan. Tengok-tengok kencing manis pulak kang. Jadi, korang wajiblah minum air suam banyak-banyak k? Demi diri dan keluarga..ehe~


:: Bosan orang panggil si Gendut? ::

:: Mana satu anda mahu..Badan anda seperti yang kiri? Atau mahu yang seperti kanan tu? ::

Amacam? Boleh tak ikut semua tips tadi? Jadi, awak awak yang dah habis baca tips-tips ni..cuba-cuba lah disiplinkan diri dan berusaha untuk capai 1 tujuan. Iaitu kurangkan berat badan. Nanti Jess kongsikan lagi tips-tips diet kat entry akan datang.  

Selamat Maju Jaya, korang! ^_^




Comments

PrinCess Anna said…
Suma yang kau sarankan ni... suma aku langgar....
Jess Rose said…
Hahaha~suma ko langgar?nnti jdi gendut kedua kang..haha~
Unknown said…
buat dunno jak bila org ckp gemuk..ahhaha:P
Jess Rose said…
Hahaha ^_^ dah buat dunno dh sejak azali..hihi..tenkiu awak,tgok blog kite..eheh
Thanks jesse.. Akak pun nak diet. Banyak baju kesayangan x bole pakai dah..hehe.. bah, jom sarapan pagi.. :)

Popular posts from this blog

Segmen : Mari Tambah Kenalan Dari Blog

Lirik Lagu Cinta Terbaik - Cassandra Band

Segmen: Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K